Famili Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kota Kinabalu, Kundasang & Pulau Sapi / Manukan - PART 1

Famili trip SABAH 2017

Assalamualaikum  Famili2 /Sahabat2 (kaki travel)  .... Hari ini saya ingin kongsikan trip famili saya ke Kota Kinabalu, Sabah pada 27 - 30 April 2017. Sebenarnya trip ini terdiri dari 2 keluarga iaitu keluarga saya dan keluarga sahabat saya. Disini saya akan kongsikan total kos trip famili kami yang terdiri daripada 4 dewasa 4 kanak-kanak dan 1 infant untuk rujukan tuan/puan. Tanpa melengahkan masa lagi....HERE WE GO 


Day 1 - Bertolak dari KLIA - KK - Kundasang (27 April 2017) 

Memandangkan famili kami menaiki satu kenderaan, kami telah park di Blok A (jangka masa panjang) parking KLIA. Untuk 4 hari, kos parking adalah RM144. Tuan/puan boleh refer details di sini http://klia.info/parking.htm

TIPS - PARKING MURAH UNTUK LONG TERM PARKING
Tuan/puan boleh park di Putrajaya Sentral sila refer blog ini http://mat-drat.blogspot.my/2016/09/parking-murah-ke-klia-klia2-di-park-n.html


TIPS - Bawa anak2 ke toilet dulu sebelum naik flight. Mak Pak pun digalakkan melabur

TIPS - Bagi anak kecik (infant) minum susu sebelum take off untuk bagi dia tenang 

Landing je di KK International Airport (BKI) kami pun call ejen sewa kereta Kereta yang disewa selama 4 hari adalah Proton Saga 1.3 (auto) Kereta ini lebih dari cukup untuk memenuhi keperluan kami. Sahabat saya sewa myvi 1.3 (auto) siap ade reverse camera lagi (canggih) huhu...Tanpa melengahkan masa kami terus pi isi minyak dan cari tempat makan.(nota - walaupun flight sediakan makan tp faham2 je la huhu).....lupa nak cakap, kos sewa kereta saga untuk 4 hari = RM325 Kereta Sewa SABAH





Makan dulu di KK sebelum bertolak ke Kundasang

Sabahat aku terus google search tempat makan dan dicadangkan tempat berikut Warung Padang Jawa KK...Kedai makan ini dari segi makanan dia memang ok la (kategori sedap gak) tapi servis dia kecewa sikit (mungkin sbb tgh lunch hour)...plus saya cadangkan jangan order milo ais...order air lain takpe. Lepas dah kenyang, kami terus shoot ke Kundasang


View Gunung Kinabalu dari bilik kami

Asalnya famili kami teringin nak menginap di kinabalu pine resort tapi rezki takde sebab fully book. Tapi akhirnya kami pilih Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Main reason kami pilih tempat ni adalah untuk view dia. TIPS - untuk view  mount kinabalu dari bilik,  book chalet  no.11or 12








TIPS - Jika menginap di chalet, elakkan dari bawak beg besar2 atau berat2...takut nnt tak larat nak angkut melalui jambatan gantung dgn mendaki tangga yg tinggi.....kami dah terkena huhuhuhuh









Sampai chalet kami rehat2 sambil menikmati view di bilik masing2, Time ni geng2 mak dengan anak2 dah tak larat nak keluar balik. So tugas mencari makan diturunkan pada geng bapak2. Sebenarnya dari chalet kami tak jauh dari pekan kundasang (dalam 5 minit naik keta)

View dari pekan kundasang. Sebelah pic ni ade pasar malam (lupa nk snap)
Misi mencari makanan
Jika kita duduk di area pekan kundasang ni, makanan tak la susah nak cari...ada je gerai2 makan. Tapi kalau gerai2 berkenaan tak memenuhi citarasa anda (seperti anak2 kami) Atok KFC ada untuk membantu... geng2 mak pak lebih suka makan sayap dengan buntut ayam  (yang mmg senang nak dpt di sini)


END of PART One (1st Day Di SABAH) 
part 2...to be continued


Bajet Famili Trip Sabah (4 hari 3 malam)

Ulasan

  1. Terbaik trip kundasang ��
    Boleh pi plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni kita pi ramai2 bro....reunion truih kat sana

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

My Family Trip to Melbourne 2016 (Part 1)

2013...A New Beginning