Skip to main content

Famili Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kundasang - Pekan Nabalu - KK PART 2


Gunung Kinabalu pada 5.30 pagi

Day 2 - Bangun Pagi (28 April 2017) 


Hari kedua bangun pukul 5.00 pagi (sebab tido awal malam tadi) Nasib baik air panas ada kalau tak memang tak mandi hahahaha. Aktiviti pertama pagi ini adalah bergambar dengan Gunung Kinabalu


Gambar dari bilik kami

Alhamdulillah cuaca baik pagi ni...boleh lihat dengan jelas Kinabalu

Tempat pertama yang wajib singgah (bagi kami)  adalah Desa Dairy Cattle Farm. Tapi sebelum tu kita breakfast dulu di gerai2 yang terletak berhampiran pekan kundasang. Sebenarnya ada banyak gerai/kedai makan belakang KFC tu. Ade je nasi lemak, roti canai, bakso dan macam2 lagi.  Next stop 
Desa Dairy Cattle Farm.


Desa Dairy Cattle Farm - Kundasang
Alhmadulillah...

Anak aku jadi mat bunga sat...hahaha

Seronok budak2 ni bagi kambing makan

Bapak plak seronok bagi lembu minum susu

Tips - Tak perlu beli aiskrim seorang satu untuk anak2.....lebih dari cukup jika 1 cup aiskrim dikongsi dua orang...Last2 mak pak yang kena habiskan...believe it !
Sempat uncle dari China ni ambik gambar dengan anak kami....ingat artis ke pe?. Layan je


Rezki dapat bergambar dengan depa ni...muahahahaa

Lama juga kami menghabiskan masa disini. Antara tips yang saya boleh kongsi di sini ialah datang awal (8.30 dah ada di gate masuk) supaya peluang untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu dengan jelas dan nyata adalah lebih tinggi...sebab awan akan mula cover puncak dalam pukul 10 keatas.










On the way turun dari kundasang menuju ke kota kinabalu, kami singgah di market Nabalu untuk membeli sedikit souvenir. Ramai kata souvenir di sini lebih murah berbanding di bandar KK. Niat asal tak nak beli banyak. Tapi last2 borong gak wahahahahaha




untuk melihat video trip ini klik Family Trip (SABAH) 2017 - za8der video















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Famili Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kota Kinabalu, Kundasang & Pulau Sapi / Manukan - PART 1

Assalamualaikum  Famili2 /Sahabat2 (kaki travel)  .... Hari ini saya ingin kongsikan trip famili saya ke Kota Kinabalu, Sabah pada 27 - 30 April 2017. Sebenarnya trip ini terdiri dari 2 keluarga iaitu keluarga saya dan keluarga sahabat saya. Disini saya akan kongsikan total kos trip famili kami yang terdiri daripada 4 dewasa 4 kanak-kanak dan 1 infant untuk rujukan tuan/puan. Tanpa melengahkan masa lagi....HERE WE GO 

Day 1 - Bertolak dari KLIA - KK - Kundasang (27 April 2017) 
Memandangkan famili kami menaiki satu kenderaan, kami telah park di Blok A (jangka masa panjang) parking KLIA. Untuk 4 hari, kos parking adalah RM144. Tuan/puan boleh refer details di sini http://klia.info/parking.htm

TIPS - PARKING MURAH UNTUK LONG TERM PARKING
Tuan/puan boleh park di Putrajaya Sentral sila refer blog ini http://mat-drat.blogspot.my/2016/09/parking-murah-ke-klia-klia2-di-park-n.html (kredit kepada blogger Mat Drat)




Landing je di KK International Airport (BKI) kami pun call ejen sewa kereta Kereta …

Famili Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kota Kinabalu / Seafood - PART 3

Day 2 - Check In di C'haya Hotel (28 April 2017) 


Kami menginap di C'haya Hotel yang hanya 10 minit dari Kota Kinabalu International Airport. Hotel ini menjadi pilihan kami kerana saiz biliknya yang luas (sangat selesa untuk family yang membawa anak-anak kecil) serta mempunyai rooftop swimming pool ( anak-anak kami memang kaki pool