Tukar Cooling Coil Air Cond Toyota Avanza


Jauh berbeza...Cooling coil lama (tak pernah servis) vs Baru

Assalamualaikum dan salam sejahatera

Pernahkah anda melalui situasi dimana air cond kereta tiba-tiba jadi tak sejuk? hanya meniupkan udara panas? Jika ya... kita geng huhuhu. Al kisahnya aircond toyota avanzaku (model 2012) tiba-tiba jadi tak sejuk. (sebelum ni pun aircond kurang sejuk) tapi kali ini dia keluarkan angin cam kipas je.

Mula-mula ingat gas aircond habis (sebab dah lama tak topup) So kita bawak la ke bengkel topup gas. Lepas topup....terus aircond avanzaku jadi sejuk. Terus lega. Esok pagi nak pi kerja, tak sampai 5 minit dia jadi balik cam kipas angin....aduh. Dalam hati (mesti ada benda bocor ni) Tapi memandangkan kita dah on the way to work, kita harungi jem dulu.

Selepas survey beberapa bengkel, majority mengatakan yang cooling coil bocor dan perlu diganti . Harga yang saya dapat dari 3 bengkel berbeza untuk membuka dan memasang cooling coil baru adalah  antara RM700 - RM900. Tapi bengkel-bengkel berkenaan tidak memberi jaminan(warranty

Walaupun warranty avanzaku sudah lama expired (2015) Hati kecilku mengatakan untuk ke service center toyota untuk buat comparison harga. Waktu lunch hour pi la Toyota Servis Center di seksyen 15, shah alam

Oleh kerana avanzaku dah takde warranty, total kos dalam RM2,+++ lebih... Dalam hati (ok, sah buat kat luar hahaha) tp sebelum beredar saya diberi nombor contact kedai diluar yang boleh buat untuk half price Plus dia maklumkan yang part dia guna adalah original toyota (siap warranty setahun)

Terus deal untuk buat weekend tu. Yang menariknya, mekanik tu datang rumah ambik kereta (so tak perlu pi bengkel dia) dan inilah hasilnya






sangat kotor...inilah rupa blower yang tak pernah cuci/servis


Selepas ditukar dan dicuci, air cond avanzaku sejuk seperti winter sonata. Ada beberapa tips yang  boleh ambil dari kisah ini.

1) Jangan abaikan air cond kereta (servis bila tiba waktunya)
2) Survey dulu di bengkel-bengkel dan bertanya pada yang pakar supaya kita dapat servis yang terbaik dengan harga yang mampu milik

Komen anda amat dihargai




Comments

  1. salam tuan, share nama bengkel boleh? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengkel dia area klang tapi saya tak pergi sebab dia datang ambil kereta dirumah (saya duduk area shah alam) Tuan boleh pm saya dulu..nanti saya bagi no. contact pomen aircond tu

      Delete

Post a Comment

Popular Posts