Skip to main content

Cuti DIY Family ke New Zealand Musim Spring 2018


Lokasi - Milford Sound 
Assamualaikum... pada 11 - 24 November 2018 yang lalu kami sekeluarga telah bercuti di New Zealand  (NZ) selama 13 hari 12 malam. Disini saya ingin kongsikan pengalaman travel kami.
Untuk makluman tuan/puan ini merupakan first time kami sekeluarga yang terdiri daripada 3 dewasa & 3 kanank-kanak (umur 3,5 & 7) ke NZ. Tanpa melengahkan masa lagi...Let the journey to Middle Earth begin 

We begin our journey here at KLIA
11 NOVEMBER 2018 (AHAD)

Untuk trip kali ini kami memilih Malaysian Airlines (MAS). Ini merupakan direct flight dari KLIA ke Auckland International Airport. Waktu departure kami pada pukul 11.10 malam. Masa perjalanan pula dianggarkan dalam 10 jam 30 minit. So disini saya inign kongsikan tip pertama bagi mereka yang travel dengan anak2 kecil.

TIP 1 - 15 minit sebelum naik  kapal terbang bawalah anak2 anda ke tandas untuk melepaskan hajat kecil (atau besar). Alhamdulillah anak2 saya semua melepas sebelum fly...haha

My son cannot contain his excitement
Alhmadulillah...with my mom & eldest son 
Direct flight - KLIA to Auckland -  10 hours 30 minutes
Meal 1 (seafood) Tak sempat nak snap isi dalam kotak tu... haha
Two meals are included in the flight . First meal, diberi pilihan samada nasi lemak rendang ayam atau spaghetti seafood. 

Meal 2 (omelette) ...yang ni sedap dan perut rasa penuh
Second meal, diberi pilihan samada omelette atau nasi goreng dengan satay. Jujur saya cakap semua meal dalam flight ni sedap (ikut taste saya) dan anak2 pun makan. Congratulations MAS 

Nasib baik ada monitor ni..anak2 tak bosan dan terhibur sepanjang flight 
TIP 2 - Memandagkan flight ini lebih dari 10 jam. Jangan lupa bawa buku atau mainan (soft toy)  untuk anak2 supaya mereka tak bosan. 

Alhamdulillah...selamat tiba di Auckland International Airport
12 NOVEMBER 2018 (ISNIN)

Kami tiba di Auckland International Airport pada jam 2.30 petang (waktu tempatan) suhu pada ketika itu dalam 14°C . Alhmadulillah kami tidak menghadapi ape2 masalah melalui immigration NZ. Semua makanan yang kami bawa lepas seperti makanan ready to eat cap Sharifah,kicap cap kipas, susu formula anak...semua lepas. Yang penting declare dan jangan takut bertanya jika tak pasti. 

Sebelum bertolak ke NZ saya telah order online simkad hello1010 untuk digunakan di sini. NOTA - tinggalkan komen jika anda ingin maklumat lanjut berkenaan simkad. 

Selepas tukar simkad saya pun call hotel untuk dapatkan free shuttle service. Tempahan hotel telah dibuat awal2 semasa di Malaysia menggunakan Booking.com 

Tempat menunggu free shuttle van yang akan bawa kami ke hotel
Jet lag - flight lebih  dari 10 jam (non stop) 
Kami menginap di Auckland Airport Lodge (10 minit dari airport). 
4 sebab utama kami memilih hotel ini adalah:
1. Ada free shuttle service (pergi & balik ke  airport)
2. Ada dapur untuk masak simple2
3. Bersih dan sangat selesa untuk 3 dewasa & 3 kanak2 
4. Berhampiran dengan PAKnSAVE (jalan kaki dlm 15 minit)

Sebenarnya ada banyak je pilihan hotel / motel berhampiran airport ni. Semua bergantung pada keperluan dan bajet kita. 

TIP 3 - Hotel ini sangat sesuai untuk mereka yang hanya ingin bermalam dan naik flight keesokan harinya ke South Island. Jika anda stay lebih dari sehari di Auckland maka lebih berbaloi cari hotel  di area bandar Auckland near CBD.

Ok...sampai sini je... kita sambung di Bhg 1 - Auckland 



-Tinggalkan soalan2 anda diruang komen...InsyaAllah saya akan reply ASAP-
please share this post if its helpful 

Comments

  1. percutian yang manis dalam pahit. hello tu aku dgaq memang berbaloi pakai daripada sewa portable wifi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu...simkad hello tu sgt berbaloi dgn harga dia

      Delete
  2. Hi, nak tanya. Bila ya masa yang sesuai nak pergi ke New Zealand untuk tengok bunga lupine?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg kata musim bunga lupine antara bulan okt hingga disember...tp kalo ikut pengalaman sy cuaca NZ mmg tak menentu sbb saya pergi musim spring tapi masa di queenstown ada salji mcm winter haha

      Delete
  3. makanan ready to eat Sharifah tu yang ada daging dan ayam bole bawa masuk NZ ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je...sy pun bawak pek Sharifah (satu beg penuh haha) Yang penting declare

      Delete
  4. Thank you for sharing. Harap dpt sambung sampai.akhir trip. I am also planning to go end of this year.

    ReplyDelete
  5. Salam..macam mana nak declare?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...sebelum kita turun dari kapal terbang, pramugari akan bg kita borang untuk declare barang2 yg kita bawa...jika kita tak pasti barang kita tu boleh lepas atau tak masa kat kaunter immigration tu boleh tanya.. InsyaAllah lepas. Just tanya staf2 immigration disana..,mereka sangat membantu

      Delete
  6. Jika nk melancong selama 2 minggu di sana.perlu buat visa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kami ke NZ tahun lps x perlu buat visa...tp bermula 2019 smua pelawat dr Msia perlu bt visa

      Delete
  7. saya nak tahu pasal simkad tu...portable wifi tak ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada kegunaan wifi tuan
      macam trip kami...simkad digunakan utk call hotel & car rental dan data digunakn utk google maps ( fyi - kami drive berpandukan google maps 100%)
      plus jimat byk (simkad unlimited data&call 4G 15 hari RM70 - harga masa kami beli)


      Delete
  8. Aslmkm..no tny no pomen acond utk avanza..ni no sy 0192454931..tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar Cooling Coil Air Cond Toyota Avanza

Jauh berbeza...Cooling coil lama (tak pernah servis) vs Baru Assalamualaikum dan salam sejahatera Pernahkah anda melalui situasi dimana air cond kereta tiba-tiba jadi tak sejuk? hanya meniupkan udara panas? Jika ya... kita geng huhuhu. Al kisahnya aircond toyota avanzaku (model 2012) tiba-tiba jadi tak sejuk. (sebelum ni pun aircond kurang sejuk) tapi kali ini dia keluarkan angin cam kipas je. Mula-mula ingat gas aircond habis (sebab dah lama tak topup) So kita bawak la ke bengkel topup gas. Lepas topup....terus aircond avanzaku jadi sejuk. Terus lega. Esok pagi nak pi kerja, tak sampai 5 minit dia jadi balik cam kipas angin....aduh. Dalam hati (mesti ada benda bocor ni) Tapi memandangkan kita dah on the way to work , kita harungi jem dulu. Selepas survey beberapa bengkel, majority mengatakan yang cooling coil bocor dan perlu diganti . Harga yang saya dapat dari 3 bengkel berbeza untuk membuka dan memasang cooling coil baru adalah  antara RM700 - RM900. Tapi ...

Family Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kota Kinabalu, Kundasang & Pulau Sapi / Manukan - PART 1

Assalamualaikum  Famili2 /Sahabat2 (kaki travel)  .... Hari ini saya ingin kongsikan trip famili saya ke Kota Kinabalu, Sabah pada 27 - 30 April 2017. Sebenarnya trip ini terdiri dari 2 keluarga iaitu keluarga saya dan keluarga sahabat saya. Disini saya akan kongsikan total kos trip famili kami yang terdiri daripada 4 dewasa 4 kanak-kanak dan 1 infant untuk rujukan tuan/puan. Tanpa melengahkan masa lagi.... HERE WE GO  Day 1 - Bertolak dari KLIA - KK - Kundasang (27 April 2017)  Memandangkan famili kami menaiki satu kenderaan, kami telah park di Blok A (jangka masa panjang) parking KLIA. Untuk 4 hari, kos parking adalah RM144. Tuan/puan boleh refer details di sini  http://klia.info/parking.htm TIPS - PARKING MURAH UNTUK LONG TERM PARKING Tuan/puan boleh park di Putrajaya Sentral sila refer blog ini  http://mat-drat.blogspot.my/2016/09/parking-murah-ke-klia-klia2-di-park-n.html  (kredit kepada blogger Mat Drat) TIPS - Bawa a...