view Auckland ke Christchurch Jetstar 14 NOVEMBER 2018 (RABU) Tepat jam 10.00 pagi kami sekeluarga menaiki free shuttle service dari Auckland Airport Lodge ke Auckland Domestic terminal (tak jauh pun dalam 10 - 15 minit) Alhamdulillah semua urusan check in di kaunter Jetstar berjalan dengan lancar. Penerbangan dari Auckland ke Chirstchurch mengambil masa lebih kurang sejam. Selepas mengambil beg di arrival , saya pun menggunakakn public fon di airport untuk menghubungi Mr Cameron dari Shoestring Rentals. Shoestring Rentals This is our first time using the Shoestring Rentals Company . Sebelum ni kami biasa gunakan perkhidmatan sewa kereta dari syarikat APEX Car Rental. Untuk makluman, segala urusan booking kereta telah dibuat awal (6 bulan awal haha) Kami menyewa toyota estima (sangat selesa untuk 3 dewasa dgn 3 kanak2) Total kos sewa estima selama 9 hari di South Island adalah NZD855 (include 2 child seats) Alhamduli...
Blog hidupku yang simple