Skip to main content

Cuti DIY Family ke New Zealand (Musim Spring) 2018 - Bhg 2 - Christchurch


view Auckland ke Christchurch

Jetstar 
14 NOVEMBER 2018 (RABU)

Tepat jam 10.00 pagi kami sekeluarga menaiki free shuttle service dari Auckland Airport Lodge ke Auckland Domestic terminal (tak jauh pun dalam 10 - 15 minit)   Alhamdulillah semua urusan check in di kaunter Jetstar berjalan dengan lancar.

Penerbangan dari Auckland ke Chirstchurch mengambil masa lebih kurang sejam.

Selepas mengambil beg di arrival, saya pun menggunakakn public fon di airport untuk menghubungi Mr Cameron dari Shoestring Rentals.

Shoestring Rentals
This is our first time using the Shoestring Rentals Company. Sebelum ni kami biasa gunakan perkhidmatan sewa kereta dari syarikat APEX Car Rental.

Untuk makluman, segala urusan booking kereta telah dibuat awal (6 bulan awal haha) Kami menyewa toyota estima (sangat selesa untuk 3 dewasa dgn 3 kanak2) Total kos sewa estima selama 9 hari di South Island adalah NZD855 (include 2 child seats) 

Alhamdulillah...selamat sampai ke Christchurch


Salah satu kedai yang menjual daging halal di Christchurch 

Ayam / Daging Halal Christchurch

Jika anda sedang mencari daging / ayam yang halal sekitar Christchurch, cuba singgah ke Maihan middle eastern supermarket. Terdapat pelbagai pilihan daging / ayam. Harga berpatutan plus ayam/daging dia memang fresh

Harga berpatutan 
Pelbagai jenis daging (halal) 

Selain dari daging /ayam, terdapat juga pelbagai produk2 halal lain seperti biskut, cokelat, perencah, keropok dan lain2. Sempat bersembang dengan owner kedai yang berasal dari Afghanistan tetapi dah menepat di NZ lebih dari 18 tahun. 

Produk halal
Pelbagai pilihan gula2, biskut, coklat dll


Margaret Mahy Playground Christchurch

Bagi mereka yang travel dengan kanak2 maka jangan lepaskan peluang untuk bawa mereka ke Margaret Mahy Playground. Taman permainan ini terletak betul2 di tengah bandar Christchurch. dan merupakan (pendapat saya) taman permaianan kanak2 yang terbaik  di South New Zealand. Pelan asal nak duduk sini dalam setangah jam je tapi akhirnya spend more than 2 hours. 


My son doesn't want to leave 
Wajib bawa anak-anak main disini
Playground terbaik di Christchurch 
Sesuai untuk semua peringkat umur

Airbnb - Christchurch

After hours spending our time at Margaret Mahy Playground.kami meneruskan perjalanan ke rumah pertama kami di South New Zealand, Christchurch. Kami telah book sebuah rumah melalui Airbnb. rumah ini terletak 15 minit dari Christchurch Airport. Rumah setingkat ini sangat sesuai untuk family kecil or group (dalam 6 - 8 org).

4 sebab kami memilih  Airbnb christchurch ini:

1. Sangat bersih, luas dan selesa
2. Dapur yang lengkap (senang nak masak)
3. Lengkap dengan mesin basuh
4. Free WIFI 
5. Harga berpatutan (RM660 untuk satu malam) 

Dari 5 bintang saya bagi 4. Kurang 1 bintang sebab lokasi dia yang agak jauh dari city center. 

Airbnb - rumah ini terletak di kawasan perumahan baru 
open kitchen concept - sangat luas 
lepas main...tidur 
kita sambung di Bhg 3 - Dunedin / Tunnel Beach / Nugget Point (coming soon)

Bhg 00 - Arriving in NZ
Bhg 01 - Auckland 

-Tinggalkan soalan2 anda diruang komen...InsyaAllah saya akan reply ASAP-
please share this post if its helpful 

Comments

  1. Senang jugak eh cari daging halal kat NZ. Airbnb ni pun cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sgt senang nk cari daging halal terutama dibandar2 besar spt auckland dan christchurh

      Delete
  2. Flight ticket tu nak beli Masa kat Auckland ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. * flight ticket ke christchurh nak beli Masa kat Auckland ke?

      Delete
    2. Semua tiket fligth sy beli awal (dari Msia) Kelebihan beli awal dpt harga murah berbanding on th spot

      Delete
  3. Sambung lg plzz...

    ReplyDelete
  4. sambung lagi bang....nak amik mood kot2 Covid-19 dah settle, nak repeat NZ hehe

    ReplyDelete
  5. alamak...mana sambungan ni bang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar Cooling Coil Air Cond Toyota Avanza

Jauh berbeza...Cooling coil lama (tak pernah servis) vs Baru Assalamualaikum dan salam sejahatera Pernahkah anda melalui situasi dimana air cond kereta tiba-tiba jadi tak sejuk? hanya meniupkan udara panas? Jika ya... kita geng huhuhu. Al kisahnya aircond toyota avanzaku (model 2012) tiba-tiba jadi tak sejuk. (sebelum ni pun aircond kurang sejuk) tapi kali ini dia keluarkan angin cam kipas je. Mula-mula ingat gas aircond habis (sebab dah lama tak topup) So kita bawak la ke bengkel topup gas. Lepas topup....terus aircond avanzaku jadi sejuk. Terus lega. Esok pagi nak pi kerja, tak sampai 5 minit dia jadi balik cam kipas angin....aduh. Dalam hati (mesti ada benda bocor ni) Tapi memandangkan kita dah on the way to work , kita harungi jem dulu. Selepas survey beberapa bengkel, majority mengatakan yang cooling coil bocor dan perlu diganti . Harga yang saya dapat dari 3 bengkel berbeza untuk membuka dan memasang cooling coil baru adalah  antara RM700 - RM900. Tapi beng

Cuti DIY Family ke New Zealand Musim Spring 2018

Lokasi - Milford Sound  Assamualaikum... pada 11 - 24 November 2018 yang lalu kami sekeluarga telah bercuti di New Zealand  (NZ) selama 13 hari 12 malam. Disini saya ingin kongsikan pengalaman  travel  kami. Untuk makluman tuan/puan ini merupakan  first time  kami sekeluarga yang terdiri daripada 3 dewasa & 3 kanank-kanak (umur 3,5 & 7) ke NZ. Tanpa melengahkan masa lagi... Let the journey to Middle Earth begin  We begin our journey here at KLIA 11 NOVEMBER 2018 (AHAD) Untuk trip kali ini kami memilih Malaysian Airlines (MAS). Ini merupakan direct flight dari KLIA ke Auckland International Airport. Waktu departure kami pada pukul 11.10 malam. Masa perjalanan pula dianggarkan dalam 10 jam 30 minit. So disini saya inign kongsikan tip pertama bagi mereka yang travel dengan anak2 kecil. TIP 1 - 15 minit sebelum naik  kapal terbang bawalah anak2 anda ke tandas untuk melepaskan hajat kecil (atau besar). Alhamdulillah anak2 saya semua melepas sebelum fly..

Family Trip ke Sabah (4 hari 3 malam) Kota Kinabalu, Kundasang & Pulau Sapi / Manukan - PART 1

Assalamualaikum  Famili2 /Sahabat2 (kaki travel)  .... Hari ini saya ingin kongsikan trip famili saya ke Kota Kinabalu, Sabah pada 27 - 30 April 2017. Sebenarnya trip ini terdiri dari 2 keluarga iaitu keluarga saya dan keluarga sahabat saya. Disini saya akan kongsikan total kos trip famili kami yang terdiri daripada 4 dewasa 4 kanak-kanak dan 1 infant untuk rujukan tuan/puan. Tanpa melengahkan masa lagi.... HERE WE GO  Day 1 - Bertolak dari KLIA - KK - Kundasang (27 April 2017)  Memandangkan famili kami menaiki satu kenderaan, kami telah park di Blok A (jangka masa panjang) parking KLIA. Untuk 4 hari, kos parking adalah RM144. Tuan/puan boleh refer details di sini  http://klia.info/parking.htm TIPS - PARKING MURAH UNTUK LONG TERM PARKING Tuan/puan boleh park di Putrajaya Sentral sila refer blog ini  http://mat-drat.blogspot.my/2016/09/parking-murah-ke-klia-klia2-di-park-n.html  (kredit kepada blogger Mat Drat) TIPS - Bawa anak2 ke toilet dulu sebelum naik f